Nabila Razali Dedah Amira Othman Sangat ‘Picky’ Pilih Pasangan, Yakin Kini Gembira – “Muka Dia Berseri-Seri Bila Bersama Fattah”

EntertainmentLifestyle
12 Sep 2025 • 2:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sahabat baik Amira Othman iaitu Nabila Razali meluahkan rasa syukur dan gembira apabila penyanyi berkenaan bakal mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fattah Amin dua hari lagi.

Kongsi pelantun lagu Peluang Kedua itu, Amira merupakan seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya.

image is not available

Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu lagi, Amira seorang yang tenang dan sebagai sahabat dia tidak kisah dengan siapa pilihan hatinya kerana bakal isteri Fattah Amin tersebut tahu apa yang dimahukannya.

Amira seorang yang tenang dan baik, jadi dia layak dapat seseorang yang baik juga. Kalau ada perkara yang dia rasa tidak sesuai untuknya, dia tak nak. Jadi saya boleh katakan dia (picky) memilih juga. Dia seorang yang berhati-hati dalam memilih pasangan. Akhirnya, baru saya tahu ini lelaki yang dia mahukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Cerita Nabila, dia dapat merasakan bahawa Amira sangat bahagia berada di samping Fattah selain turut menceritakan dia sebelum ini terkejut apabila mendapat tahu pilihan hati sahabatnya itu.

Bukan terkejut kerana pilihannya, tapi terkejut dia nak berkahwin kerana sudah lama saya mendengar luahan hatinya untuk berkahwin selepas melihat kami sudah mendirikan rumah tangga. Saya nampak mukanya berseri-seri apabila bersama Fattah, jadi saya yakin dia sangat gembira.

image is not available 2025-09-11 10:09:59

"Saya Maafkan Korang Yang Kutuk, Malas Nak Tunggu Kat Akhirat" - Betty Rahmad Bersuara Isu 'Bachelorette Usrah' Amira Othman