Nabila Razali Terlibat Kemalangan, ‘Bumper’ MPV Tercabut – “Bukan Jumaat Yang Saya Mahukan”

LocalCars
16 Aug 2025 • 10:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dipercayai terlibat dalam satu kemalangan kecil membabitkan kenderaannya di sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi berusia 32 tahun itu telah berkongsi dua foto hitam putih yang memaparkan bahagian hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya yang sudah tercabut.

Gambar tersebut juga memaparkan beberapa komponen lain MPV milik Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali itu yang turut rosak dipercayai akibat pelanggaran dengan kenderaan lain.

Not the Friday I ordered (Bukan hari Jumaat yang saya mahukan).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut dikongsikan pelantun lagu Peluang Kedua itu dan keadaannya juga belum dapat dipastikan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut termasuklah rakan artis mendoakan agar ibu kepada seorang cahaya mata itu berada dalam keadaan baik serta dipermudah urusan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-11 12:19:57

Bekas Peserta MasterChef Mexico, Yanin Campos Dilaporkan Maut Akibat Kemalangan