Nabila Razali Terlibat Kemalangan Jalan Raya? - “Not The Friday I Ordered”

15 Aug 2025 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelantun lagu Pematah Hati itu memuat naik gambar keadaan keretanya yang mengalami kerosakan selepas kejadian.

“Not the Friday I ordered,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Gempak cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada pihak Nabila namun setakat ini, tiada penjelasan rasmi yang dikeluarkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis netizen mendoakan agar urusan Nabila dipermudahkan.

“MasyaAllah semoga dipermudah semuanya.

“Semoga dipermudahkan Semua

“Semoga dipermudah segala urusan oleh Allah mmg berat untuk menerima segala ujian, semoga terus tabah ya bella and fams

“Semoga dipermudah urusan bella… Aamiin

“Allah, eksiden ke kak @nabila.razali . Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap2 akak bella ok,” tulis netizen.

image is not available

Jangan Biarkan Perjalanan Tanpa Saksi

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Dashcam adalah mata saksi yang sentiasa berjaga—melindungi anda, keluarga, dan kebenaran di jalan raya. Jangan tunggu hingga terlambat untuk memilikinya.