Nad Zainal Dikritik Muka ‘Awam’, Tak Sesuai Jadi Heroin Drama Jam 7 Petang

EntertainmentLifestyle
11 Jan 2025 • 1:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nad zainal

Pelakon terkenal Nad Zainal baru-baru ini berkongsi pengalaman peribadinya di TikTok menceritakan cabaran menjadi heroin dalam industri hiburan.

Dalam video tersebut, Nad meluahkan bahawa dia pernah dikritik kerana tidak “cukup lawa” untuk mengisi slot popular seperti jam 7 malam.

Nad Zainal muka awam? Tak sesuai jadi heroin slot popular?

@nad.zainal

eh betullah.. baru perasan… semua kita ada peranan masing masing lawa atau tidak.. semua ada rezeki atau tempat tersendiri ok? sentiasa bersyukur

♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra

Disebabkan itu, dia sering mendapat tawaran watak yang mencabar seperti watak kampung, cacat atau psikologi.

Walaupun kritikan sebegini mungkin menyentuh hati ramai, Nad memilih untuk melihatnya dari sudut positif.

Nad bersyukur dengan rezeki

image is not available

Beliau mengakui bahawa setiap rezeki itu berbeza dan apa yang diterimanya tetap membawa peluang untuk berkembang dalam kerjaya seni.

Bila orang kata as heroin kau tak cukup lawa untuk slot 7pm. Tapi sebabkan muka kau muka awam kau selalu dapat watak kampung, watak cacat, watak psiko. So nak happy atau sedih? Rezeki masing-masing.

Nad juga dapat membuktikan bahawa keupayaan melakonkan watak kompleks seperti watak psikologi atau luar kebiasaan lebih memberikan impak kepada penonton.

#OhmediaNasihat

Perkongsian Nad Zainal ini mencerminkan realiti sebenar yang dihadapi oleh ramai pelakon. Penilaian fizikal sering menjadi fokus utama dalam pemilihan watak, namun bakat dan keupayaan membawa watak yang berkesan adalah kunci kejayaan sebenar. Apa-apa pun Nad Zainal memang power kalau berlakon kan?

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok Nad Zainal


View Original Article