Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Paru-Paru

Entertainment
23 Nov 2022 • 9:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nad Zainal dimasukkan ke ICU akibat jangkitan paru-paru - Gambar fail

Pelakon popular, Nad Zainal telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru.

Berita ini telah disampaikan oleh rakan aktornya iaitu Ungku Ismail menerusi hantaran di Insta Story.

"Assalamualaikum semua. Saya pohon doa-doa semua kepada Nad Zainal yang telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini (Selasa) akibat jangkitan paru-paru. 

"Beberapa prosedur telah pun diambil, dan dia berada dalam keadaan stabil menurut doktor. Tetapi dia sangat tidak sihat.  Mohon doa semua," tulisnya.

Drama lakonan Nad dan Ungku Ismail iaitu Cina Buta akan mula ditayangkan pada 23 November 2022. 

Ketika ini, Nad sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Andai Itu Takdirnya bersama Syukri Yahya.

Sama-sama kita doakan emoga Nad Zainal segera sembuh dan ambil tempoh untuk berehat seketika. - Getaran, 23 November 2022.