Nadal hampiri gelaran Grand Slam ke-23

7 Jul 2022 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal semakin menghampiri gelaran Grand Slam ke-23 apabila mara ke separuh akhir Wimbledon setelah menewaskan bintang muda sensasi Amerika Syarikat, Taylor Fritz 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7-6 (10/4) pada Khamis.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan pemain pilihan kedua kejohanan bakal berdepan pemain Australia, Nick Kyrgios bagi penentuan slot ke final kali ini.

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan, Nadal berkata, ia sesuatu yang cukup mengujakan kerana berlarutan selama empat jam 21 minit sebelum berjaya menewaskan Fritz.

"Pada mulanya saya rasa seperti tidak mampu untuk menamatkan perlawanan ini.

"Bagaimanapun sorakan penonton nyata memberikan semangat dan juga tenaga tambahan kepada saya untuk.meneruskan perlawanan hingga ke set terakhir.

"Jujur, saya mula menikmati perlawanan ini terutamanya apabila berdepan saingan sengit seperti ini..terima kasih juga atas sokongan anda (penonton) semua,” katanya.

Pada aksi suku akhir itu, Nadal kelihatan berhempas pulas untuk menewaskan Fritz selain turut tewas pada set pertama dan ketiga sebelum kembali bangkit untuk menang dua set berikutnya.

Sementara itu, Kyrgios berkata, dia perlu melakukan persiapan rapi bagi menentang Nadal pada aksi separuh akhir berkenaan.

Katanya, aksi separuh akhir kali ini pastinya tidak sama biarpun pernah menewaskan Nadal pada peringkat sama di kejohanan berkenaan lapan tahun lalu.

“Saya perlu bersedia secukupnya untuk berdepan Nadal, namun saya lihat dia berada pada tahap prestasi terbaiknya ketika ini.

“Oleh itu, banyak ‘kerja’ yang perlu saya lakukan untuk berdepan dengannya nanti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved