Nadeera Zaini bangga, wakili Malaysia di pentas antarabangsa

EntertainmentMusic
11 Sep 2025 • 5:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi berbakat besar, Nadeera sekali lagi mencipta sejarah manis apabila dipilih oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mewakili negara ke acara berprestij ABU (Asia-Pacific Broadcasting Union) Song Festival 2025 yang bakal berlangsung pada 13 September 2025 di Tsonjin Boldog, Mongolia.

Wakili Malaysia di pentas antarabangsa

image is not available

Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera binti Zaini akan mempersembahkan lagu hitnya “Bukan Lagi Kita”, sekali gus memperkenalkan karya tempatan ke mata dan telinga khalayak antarabangsa.

“Pemilihan oleh pihak RTM ini merupakan satu penghormatan besar buat saya. Jujurnya saya sangat terharu apabila diberitahu bahawa saya bakal membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui ABU Song Festival 2025.

“Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ sangat dekat di hati saya dan pendengar, jadi saya mahu nyanyikannya dengan seluruh jiwa, sebagai hadiah buat semua.

“Saya sedar di pentas ini, saya bukan sekadar Nadeera, saya adalah anak Malaysia. Setiap nota yang saya nyanyikan nanti adalah doa, harapan dan juga kebanggaan kita bersama. Insya-Allah, saya akan berikan persembahan yang terbaik,” kata Nadeera, baru-baru ini.

image is not available

Biarpun, bukan kali pertama Nadeera menjejakkan kaki di pentas antarabangsa namun peluang kali ini membawa makna yang jauh lebih besar baginya.

“Saya amat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di pentas dunia. Setiap kali melangkah ke luar negara, saya membawa semangat dan harapan peminat di tanah air.

“Kali ini, ia lebih istimewa kerana saya bakal tampil di festival berskala antarabangsa bersama artis-artis hebat dari seluruh Asia. Saya harap dapat mengharumkan nama negara dengan cara yang tersendiri.

“Terima kasih RTM atas kepercayaan ini, Rocketfuel atas sokongan tanpa henti, pasukan produksi, pemuzik dan semua peminat yang menjadi tulang belakang saya. Doakan perjalanan ke Mongolia dipermudahkan dan persembahan nanti menyentuh hati sesiapa yang menonton,” ujarnya.

image is not available

Manakala, menurut Rocketfuel Entertaiment pemilihan Nadeera membuktikan bakat vokal dan disiplin kerjayanya yang luar biasa dan yakin penyanyi itu akan mengharumkan nama Malaysia di Mongolia dan membuka lebih banyak peluang kolaborasi antarabangsa.

Untuk rekod, ABU Song Festival merupakan sebuah acara gala tahunan tanpa pertandingan yang dianjurkan oleh Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Festival ini menampilkan persembahan lagu atau instrumental oleh pemuzik dari seluruh rantau Asia. Negara-negara yang mempunyai keahlian penuh atau tambahan ABU dijemput untuk menghantar penyertaan bagi dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton.

Acara ini turut dirakam secara langsung bagi membolehkan penyiar kebangsaan menambah sari kata dalam bahasa masing-masing untuk siaran domestik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved