Nadhir Nasar Akhirnya Bersuara Isu Diboikot Kerana Promosi Produk Israel

13 May 2024 • 10:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sekarang, viral di media sosial isu Nadhir Nasar dan artis lain telah diboikot kerana masih bekerjasama dengan produk yang menyokong Israel. Tidak berdiam diri, Nadhir tampil untuk menjelaskan isu ini.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Nadhir berkata dia faham dengan rasa kecewa yang diluahkan oleh netizen.

Tapi, pelakon itu menjelaskan perjanjian untuk mempromosikan produk berkenaan telah dibuat lebih daripada setahun yang lalu.

Ia berdasarkan maklumat dan keadaan ketika itu.

Keputusan saya untuk bekerjasama dengan jenama tersebut pada masa itu adalah berdasarkan komitmen mereka untuk mengembangkan kreativiti dan menyokong artis seperti saya.

Nadhir juga menegaskan pembatalan kontrak secara tiba-tiba akan memberikan kesan buruk kepada dia.

Bukan itu je, Nadhir berkata dia juga akan berdepan dengan financial penalty dan memohon maaf dengan tindakan menerima tawaran jenama-jenama berkenaan.

Terdahulu, Nadhir dan artis yang lain diboikot oleh netizen kerana masih bekerjasama dengan produk yang menyokong kekejaman zionis terhadap Palestin.

Alhamdulillah Nadhir masih peka dengan isu ini. Harapnya, dia dah tak terimalah tawaran produk yang masih menyokong Israel.

Kredit: X @NadhirNasar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.