Nadhir Nasar sambut hari lahir kerabat diraja, peminat ‘approve’ jika berjodoh

Entertainment
29 Apr 2024 • 10:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon, Nadhir Nasar sambut hari lahir kerabat diraja apabila tular video dia berada di samping Tengku Ameera Asya iaitu kerabat Diraja Pahang sewaktu ingin memotong kek ulang tahun.

Bawakan kek hari lahir sebagai kejutan

Menerusi TikTok miss_sophie274, Tengku Ameera cukup gembira dengan kehadiran pelakon drama bersiri Project High Council itu.

@miss_sophie274

Wah a surprise bday gift utk Tengku Ameera,bestnya dpt jmpa crush tak sangka tengku peminat nadhir nasarenjoy your bday celebration tengku credit video cakesokay #tengkuameera #anothertwins #birthdaygirl #aprilgirl #samebirthday #270424 #mybirthdaytoo #twinbday #twins

♬ Trisuaka_Cinta Terpendam – ꧁ . _ ꧂

Nadhir Nasar sambut hari lahir Tengku Ameera di sebuah restoran

Difahamkan, menerusi kapsyen yang disertakan di posting tersebut, pemenang tempat pertama Hero Remaja 2020 itu merupakan kejutan buat Tengku Ameera yang sememangnya meminati pelakon terbabit memandangkan dia antara aktor yang sedang meningkat naik.

Kedua-duanya terlihat agak malu-malu berhadapan sebelum Tengku Ameera meniup lilin dan memotong kek ulang tahun kelahirannya.

image is not available

Nadhir Nasar sambut hari lahir Tengku Ameera, ramai doakan berjodoh

Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur dan sempat menjodoh-jodohkan mereka kerana ada yang merasakan kedua-duanya kelihatan serasi.

Warganet juga sempat berseloroh mengatakan saingan mendapatkan pelakon muda berkenaan agak sulit kerana kerabat diraja juga meminati aktor terbabit.

image is not available

Cuit2 macam tak percaya Nadhir ada di sebelah

image is not available

Kita yang minat Nadhir dah boleh mundur kot

image is not available

Muka hampir nak sama pun ada

image is not available

Sekadar info, Tengku Ameera Asya merupakan puteri kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Rahman dan Che Puan Julita Aishah.

Ia bermakna baginda merupakan anak saudara kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sumber: TikTok miss_sophie274