“Muka ada iras-iras” – Nadhir Nasar Sambut ‘Birthday’ Tengku Ameera, Netizen ‘Approve’ Kalau Berjodoh

Entertainment
29 Apr 2024 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nadhir Nasar atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar merupakan antara pelakon kegilaan ramai, buat masa kini.

Pelakon yang berusia 28 tahun itu merupakan juara pertandingan Hero Remaja pada tahun 2020 dan telah berlakon banyak drama tayangan Astro sejak daripada itu, antara yang melonjakkan namanya ialah drama bersiri Projek High Council.

Terbaru, pelakon muda itu menarik perhatian ramai selepas videonya menyambut hari jadi kerabat Diraja Pahang iaitu Tengku Ameera Asya.

Buat pengetahuan semua, Tengku Ameera Asya merupakan anak kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Rahman dan Che Puan Julita Aishah.

@miss_sophie274

Wah a surprise bday gift utk Tengku Ameera,bestnya dpt jmpa crush tak sangka tengku peminat nadhir nasarenjoy your bday celebration tengku credit video cakesokay #tengkuameera #anothertwins #birthdaygirl #aprilgirl #samebirthday #270424 #mybirthdaytoo #twinbday #twins

♬ Trisuaka_Cinta Terpendam – ꧁ . _ ꧂

Video yang dikongsikan oleh @miss_sophie274 itu memaparkan pelakon drama bersiri i-Tanggang itu duduk bersebelahan Tengku Ameera ketika beliau sedang meniup lilin kek hari jadinya.

Dalam kapsyen video itu difahamkan Nadhir merupakan kejutan untuk Tengku Ameera buat hari jadinya itu.

“Mundur semua, saingan terlalu hebat!”

Namun, perkara itu membuatkan ramai yang terhibur malah ada juga yang berseloroh berkata mereka sudah tidak boleh ‘bersaing’ apabila video tersebut tular.

image is not available

Uihh, macam sepadan pulak dorang ni…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.