Nadia Kahf: Wanita Berhijab Pertama Dilantik Jadi Hakim Mahkamah Di New Jersey, AS

Entertainment
26 Mar 2023 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang peguam wanita Muslim telah menarik perhatian ramai terutamanya di media sosial kerana beliau telah dilantik menjadi hakim mahkamah pertama yang berhijab di New Jersey, Amerika Syarikat.

Memetik laporan Morocco World News, wanita yang dikenali sebagai Nadia Kahf itu merupakan anak kelahiran Syria.

image is not available

Apa yang menarik perhatian lagi ialah beliau telah mengangkat sumpah sambil memegang kitab suci Al-Quran.

Dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah, Nadia mengatakan dia sangat bangga untuk mewakili komuniti Muslim dan Arab di New Jersey dan seluruh Amerika Syarikat.

“Saya juga mahu generasi muda untuk mengamalkan agama masing-masing dalam kehidupan seharian tanpa rasa takut. Kepelbagaian adalah kekuatan kita,” tambahnya lagi.

Difahamkan, Nadia telah berhijrah ke Amerika Syarikat dari Syria sejak berusia dua tahun lagi.

image is not available

Walau bagaimanapun, Nadia bukanlah wanita berhijab pertama yang menjadi hakim mahkamah di negara itu kerana pada tahun 2015, wanita yang dikenali sebagai Carolyn Walker-Dialo telah mengangkat sumpah menjadi hakim mahkamah di New York.

Apa-apa pun, ini merupakan berita baik untuk komuniti Islam di negara Uncle Sam itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.