Nadia Kesuma Gagal Dikesan Lepas Tiba Di Jeddah

LocalEntertainment
16 Jan 2026 • 11:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nadia Kesuma Gagal Dikesan Lepas Tiba Di Jeddah

Pelakon, Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada malam semalam.

Menurut laporan Astro Awani, pelakon itu sepatutnya melakukan penerbangan sambungan ke London namun didapati tidak mendaftar masuk seperti yang telah dijadualkan.

Nadia tiba di Jeddah kerana urusan umrah ziarah, sebelum dijadualkan ke London dan Paris.

BACA: (Video) Aktres Hilang Dan Dikhuatiri Lemas, Anak 4 Tahun Ditemui Tertidur Sendirian Di Atas Bot

Rakan baiknya yang juga pelakon, Anne Abdullah memaklumkan Nadia berangkat ke Tanah Suci secara bersendirian.

Menurut Anne, Nadia sempat menghantar mesej kepada suaminya apabila sampai di Jeddah. Namun mesej terakhir menimbulkan kebimbangan kerana pelakon itu berkata dia bertemu individu yang tidak dikenali (I met stranger).

Ujarnya lagi, satu laporan polis akan dibuat berhubung kehilangan pelakon itu.

Di media sosial, beberapa rakan artis turut mendoakan agar Nadia segera ditemui dan berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: Astro Awani

The post Nadia Kesuma Gagal Dikesan Lepas Tiba Di Jeddah appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved