View Tiba-tiba Meningkat Lepas Setahun Upload, Zhiddin Aziz Baru Tersedar Rupanya Ada ‘Kelibat’ Dalam Video

EntertainmentLifestyle
16 Jan 2026 • 4:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pempengaruh Zhiddin Aziz baru tersedar bahawa video yang dimuat naik olehnya setahun lepas tiba-tiba meningkat dalam sekelip mata, video yang dimuat naik di TikTok pada mulanya hanya 500K jumlah tontonan dan tiba-tiba naik secara mendadak sehingga 1 juta tontonan hanya dalam satu malam.

Rupa-rupanya, ada pihak kongsikan videonya di Facebook dan dipercayai terdapat satu ‘kelibat’ dalam video tersebut. Video itu adalah semasa dia berada di Sabah dan bercerita mengenai Tugu Peringatan Double Six.

Video tersebut dibuat dalam keadaan gelap gelita sambil menceritakan sejarah yang berlaku di tempat tersebut. Tanpa disedari, ramai netizen mula perasan akan ada satu kelibat di belakangnya.

Jelas Zhiddin, pada waktu dia merakam video tersebut, dia berseorangan dan tiada sesiapa bersamanya. Jika diperhatikan dalam video di bawah, Zhiddin mengatakan kelibat itu berada di belakangnya sebelum gambar Allahyarham Tun Fuad Stephens muncul.

“Saya ni kalau buat video memang sorang-sorang saja. Kalau tengok video saya berdebat tepi jalan di Indonesia tu pun, ya… sorang-sorang. Termasuklah rakam video malam-malam di tempat macam ni, sorang-sorang juga. Hantu pun mungkin dah bosan dengan saya.”

“Menyesal pula saya delete video RAW. Biasa bila dah siap edit, video asal memang saya buang. Kalau ada yang RAW, boleh tengok sampai ke celah mana dia pergi, tak puas tengok gelagat mala*n tu.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen jadi meremang dan ada yang perasan kelibat yang ada pada video tersebut. Biarpun ada yang menyatakan mereka tidak nampak, ada juga yang perasan dengan mengatakan entiti tersebut seperti sedang melintas.

image is not available

image is not available

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.