Nadin Amizah Selamat Jadi Isteri Faishal Tanjung Pada Usia 25 Tahun

9 Aug 2025 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Nadin Amizah rasmi disunting sebagai isteri oleh tunangnya, Faishal Tanjung pada 8 Ogos 2025.

Pernikahan pemilik lagu Rayuan Perempuan gila itu dengan Faishal berlangsung di Bandung, sekitar dua bulan selepas mereka bertunang iaitu pada Jun lalu.

Menerusi rangkaian video dan foto pernikahan, majlis pasangan selebriti tersebut berlangsung dalam suasana meriah dan dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat termasuk penyanyi Vidi Aldiano.

Nadin sah menjadi isteri Faishal dengan sekali lafaz. Penyanyi itu juga menerima emas seberat 28,4 gram dan wang tunai Rp 8.082.025 sebagai mas kahwin.

Nadin berusia 25 tahun sementara suaminya yang merupakan adik pelakon Sheila Dara itu berumur 29 tahun.

Sehari sebelum menikah, Nadin sempat menjalani majlis pengajian yang ringkas.

Diketahui keduanya sudah menjalin hubungan lebih empat tahun sebelum melangkah ke fasa lebih serius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved