Nadir Al-Nuri Kesal Video Kanak-Kanak Arab Dilayan Kasar

LocalOpinion
16 Jul 2026 • 3:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Nadir Al-Nuri Kesal Video Kanak-Kanak Arab Dilayan Kasar

Nadir Al-Nuri Kesal Video Kanak-Kanak Arab Dilayan Kasar

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman melahirkan rasa kecewa terhadap rakaman video tular yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berbangsa Arab dilayan secara kasar oleh beberapa individu dewasa selepas dipercayai cuba meminta derma.

Menerusi satu hantaran video di Facebook hari ini berkata, tindakan sedemikian langsung tidak mencerminkan nilai kemanusiaan, apatah lagi apabila melibatkan seorang kanak-kanak yang tidak berdaya.

“Tahniah tukang ‘like’, ‘share’ dan bertepuk tangan untuk tindakan-tindakan yang macam ni. Melayan manusia macam binatang, menghina orang macam tak bertuhan dan boleh buat sesuka hati ke atas golongan lemah.

“Tahniah juga kepada para asatizah dan kalian yang takut nak bersuara sebab takut kena kecam dengan puak-puak ni,” katanya.

Menurut beliau, rakaman berdurasi satu minit lapan saat yang dipercayai dirakam di ibu negara itu benar-benar menyentuh emosinya kerana mengingatkannya kepada penderitaan kanak-kanak di Gaza yang menjadi mangsa peperangan.

Baca juga:

“Ya, saya emosi sebab saya terbayang sang Zionis melakukan anak-anak saya sebegini ketika mereka lari dari kawasan perang dan menjadi pelarian di negara sendiri.

“Nak tunjuk hero, bukan dengan kanak-kanak walau apa pun salah mereka. Nak tunjuk kuat bukan dengan orang yang tak ada hak dan takut nak bertindak balas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Nadir Al-Nuri turut memetik sepotong ayat al-Quran sebagai peringatan agar umat Islam tidak gentar mempertahankan kebenaran walaupun berdepan kecaman daripada orang lain.

Beliau berkata, setiap perbuatan manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan tiada siapa yang terlepas daripada pembalasan-Nya.

“Kalian mungkin hero untuk sebahagian makhluk di dunia, tetapi di akhirat bukan kalian yang jatuhkan hukuman. Semoga ALLAH balas secepatnya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved