Selain Zizi Kirana, nama Ardell Aryana turut menjadi tumpuan ramai dalam misi Global Sumud Flotilla.
Pelakon dan aktivis kemanusiaan itu dalam misi berkenaan ditugaskan untuk melakukan siaran langsung kecemasan atau SOS sebagai bukti insiden sebenar yang berlaku.
Rakaman live Ardell bersama suaminya turut menjadi perhatian apabila Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak ketika berbual dengan isterinya itu.
Sebak sampai sini #ardellaryana #nadzmiadhwa
Baca juga:
Part last sebak sgt rasa semoga Allah lindungi mereka… @ArdellAryana #freepalestine #globalsumudflotilla #fyp #ardellaryana
Pada mulanya Nadzmi menitipkan kata-kat semangat buat Ardell, namun secara tiba-tiba dia gagal menahan air mata apabila Ardell memaklumkan misi mereka hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
“Kuat semangat! Sikit lagi, saya tahu awak boleh, mesti sampai punya!” kata Nadzmi.
Ardell turut meminta Nadzmi supaya menjaga diri sambil berulang kali menyatakan misi mereka sudah hampir.
Menerusi ruangan komen, ramai yang turut sebak melihat perbualan pasangan suami isteri itu dan mendoakan kemudahan Ardell dan peserta GSF yang lain.
The post Nadzmi Adhwa gagal tahan sebak, titip semangat buat Ardell appeared first on The Reporter.



