Kami dah masuk zon merah, mama abah mesti tak tidur lena malam ini – Hazwani Helmi

1 Oct 2025 • 11:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

‘Mama abah mesti tak tidur lena malam ini….’

Penyanyi dan pelakon, Hazwani Helmi, meluahkan rasa sebak ketika memaklumkan bahawa dia dan kakaknya, Heliza Helmi, sudah memasuki zon merah R3 dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Hazwani mengakui hatinya berat memikirkan ibu bapanya yang pasti tidak lena tidur malam ini kerana risaukan keselamatan mereka.

“Kami tahu mesti tak lena tidur mama abah, terutama malam ini sebab kami dah masuk zon merah, sangat dekat dengan Gaza.
“Banyak berangkalian akan berlaku, tapi insha-Allah reda mama abah menjadi payung penyelamat kami,” katanya sebak.

image is not available

Mama abah mesti tak tidur lena malam ini…

image is not available

image is not available

 

image is not available

 

Dalam hantaran yang sama, Hazwani menzahirkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya atas sokongan, doa, dan didikan yang tidak putus-putus sepanjang perjalanan mereka.

“Terima kasih Mama Abah sebab menyokong kami, mendoakan kami dan mendidik kami sampai ke tahap ini.
“Kami tahu bukan mudah mama dan abah nak merelakan dua orang anak perempuan sekaligus untuk misi macam ni. Tapi kami yakin sebab mama abah antara orang yang sangat yakin dengan kuasa doa,” tulisnya.

image is not available

image is not available

Hazwani turut memohon maaf atas segala kekhilafan dan menghalalkan segala pengorbanan ibu bapanya, sambil mendoakan agar Allah mengurniakan syurga tertinggi buat mereka berdua.

Difahamkan, Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan kemanusian dan mesej keamanan telah berjaya melepasi Zon Merah R3 untuk menuju ke persisiran pantai Gaza, pada jam 9.20 malam waktu Malaysia.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Comand Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abd Alim Araby berkata, jarak mereka ke persisiran pantai Gaza adalah 100 batu nautika dan dijangka tiba sekitar jam 6.32 petang esok.

image is not available

image is not available

Flotilla berkenaan sebelum ini berdepan pelbagai rintangan termasuk serangan dron dan Malaysia menjadi negara pertama yang mengiktiraf misi berkenaan melalui sokongan Perdana Menteri.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan, selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

Sumber: IG Hazwani Helmi