Nafas Baharu Buat Gelandangan, 3 Buah Pusat Transit Gelandangan Bakal Ditubuhkan Di Sarawak

8 Feb 2023 • 9:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerajaan Sarawak bakal menubuhkan 3 lagi buah pusat gelandangan iaitu di Kuching, Miri dan Bintulu

Nafas Baharu Buat Gelandangan, 3 Buah Pusat Transit Gelandangan Bakal Ditubuhkan Di Sarawak. Dalam usaha untuk mengatasi masalah gelandangan di Sarawak, pihak berkuasa negeri telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah pusat transit bagi mereka.

Tujuan utama penubuhan pusat ini adalah untuk memberikan tempat yang selamat dan sementara bagi gelandangan untuk tinggal sehingga mereka dapat mencari peluang untuk bangkit dan memulakan hidup yang lebih baik.

image is not available
Nafas Baharu Buat Gelandangan, 3 Buah Pusat Transit Gelandangan Bakal Ditubuhkan Di Sarawak

Bantuan seperti pemakanan, rawatan kesihatan dan aktiviti sosial bagi gelandangan

Menurut Menteri Wanita, Pembangunan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyatakan bahawa kerajaan Sarawak bakal menubuhkan 3 lagi pusat transit gelandangan bertapak di Kuching, Miri dan Bintulu.

Menurut beliau, dana sebanyak RM7 juta telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menampung kos penubuhan dan operasi pusat transit itu.

Sebelum ini, Sibu merupakan bahagian negeri pertama di Sarawak memiliki Tempat Transit Gelandangan (TTG). Pusat transit ini juga akan memberikan bantuan seperti pemakanan, rawatan kesihatan dan aktiviti sosial bagi gelandangan untuk membantu mereka memulakan semula hidup mereka.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

TTG di Kuching dan Miri akan siap pada Oktober tahun ini

Beliau berkata pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan isu gelandangan di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Premis bangunan untuk TTG di Kuching dan Miri akan siap pada Oktober tahun ini selepas pengubahsuaian dilakukan. Bagi yang di Bintulu pula, bangunan baharu perlu dibina yang turut menempatkan pusat sokongan sosial masyarakat

Penubuhan pusat transit ini adalah langkah positif dalam membantu gelandangan dan memberikan solusi jangka panjang bagi masalah ini. Ini juga akan membantu mengurangkan tahap kemiskinan dan mempromosikan masyarakat yang lebih harmonis dan adil.

image is not available

Kagi artikel menarik, anda boleh lihat pautan di bawah: