
Fasa Pertama (Pusat Kesihatan Prima) dijangka siap tahun ini.
Fasa Pertama Bakal Siap Tahun Ini, Tular Gambar ‘Sneak Peek’ Hospital UNIMAS Di Samarahan. Kota Samarahan merupakan pusat bandar bagi daerah Samarahan. Jika anda penduduk Samarahan, anda pasti tahu perkembangan daerah Samarahan yang semakin berkembang pesat.
Termasuklah akan adanya Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bakal memberi manfaat terutamanya kepada penduduk Samarahan. Jadi, apa-apa kes kecemasan hanya ke Hospital UNIMAS yang mengambil masa yang singkat berbanding ke Hospital Umum Sarawak.

Gambaran hospital tersebut pasti buat anda teruja!
Menerusi portal berita tempatan, projek pembinaan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang kini senang dalam pelaksanaan, dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi iaitu pada tahun 2025 nanti.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, Fasa Pertama (Pusat Kesihatan Prima) dijangka siap tahun ini.
Baru-baru ini juga telah tular gambaran rancangan pembinaan hospital UNIMAS ini di laman sosial telah menarik perhatian sekaligus membuat netizen teruja. Hospital ini terletak di kawasan bulatan SALCRA, berdepan dengan Everwin Samarahan.

Ada banyak kemudahan yang lain untuk pelawat dan juga pengajar di hospital tersebut.
Dalam gambaran tersebut, di hospital tersebut turut menyediakan tadika, surau, taman permainan, kafe juga menunjukkan kawasan parkir kenderaan untuk pelawat dan banyak lagi.
Pembangunan hospital ini bertujuan untuk memberikan fasiliti kesihatan yang baik kepada masyarakat, terutamanya buat penduduk di Samarahan.
Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, cadangan projek tersebut adalah salah satu dari impian beliau sejak menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut pada tahun 2015, dan sudah diluluskan melalui pengumuman Perdana Menteri Malaysia saat pembentangan Dewan Rakyat tentang rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada tahun 2018.


University of Malaysia, Sarawak



