
Lelaki tersebut menafikan tuduhan yang dibuat kepadanya.
Nafi Dakwaan, Lelaki Dari Kota Samarahan Tular Merogol OKU Buat Laporan Polis. Baru-baru ini, sebuah akaun Facebook telah menularkan satu perkongsian mengejutkan bagi ramai pihak di mana dia mendakwa seorang lelaki berasal dari Samarahan merogol individu OKU.
Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian netizen dan mendapat 1.4K perkongsian (setakat artikel ini ditulis).

Meminta pertolongan orang ramai mencari lelaki tersebut
Dalam muat naik yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Shahh Jenzz pada 12 Julai lalu dia berkata, ‘kita tolong orang nanti di kemudian hari orang tolong kita. Tolong bagitahu siapa-siapa yang ada jumpa dia ni’. Jenis, nombor plat, warna kereta dan lokasi kejadian insiden tersebut juga turut didedahkan.
Dipautkan sekali adalah gambar perbualan di Whatsapp menggerunkan di mana dia mendakwa lelaki dari Kota Samarahan ini merogol anak buahnya yang merupakan seorang OKU.
Dalam perbualan tersebut, dia juga mengatakan anak buah OKUnya itu diikat tangan dan di selotape mulutnya. Kemudian dia mengatakan dirinya sudah membuat laporan polis dan kini sedang menunggu keputusan daripada doktor. Perbualan tersebut kemudiannya berhenti di situ sahaja.

Laporan polis dibuat menafikan kejadian
Namun semalam, lelaki yang didakwa melakukan jenayah berat itu membuat laporan polis menafikan perkongsian di Facebook tersebut.
Dalam laporan tersebut, dia menafikan pautan di Facebook yang telah menularkan kenderaannya diguna untuk melakukan kesalahan merogol.
Menurut laporan tersebut, dia tidak menggunakan kenderaannya itu semasa kejadian berlaku tetapi kereta tersebut telah dipinjamkan kepada kawan abangnya.Tambahnya lagi, dia membuat laporan polis ini atas tujuan keselamatan diri dan keluarganya kerana takut perkara ini akan berbangkit di kemudian hari.
Oleh demikian, diharap agar semua menyerahkan kes ini kepada pihak polis. Jenayah yang didakwa ini adalah satu jenayah yang amat berat dan dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Diharap juga agar kita semua jangan menyalahguna kuasa viral kerana ia boleh membawa kesan yang buruk kepada banyak pihak. Sentiasa berhati-hati dalam memuat naik sesuatu perkara semua!


