Nafi pilih kasih terhadap dakwaan Marhamah terlibat NAM

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 2:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nafi pilih kasih terhadap dakwaan Marhamah terlibat NAM

IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menyerahkan kepada Timbalannya, Marhamah Rosli untuk menjawab dakwaan mengaitkan beliau dengan gerakan New Age Movement (NAM).

Zulkifli berkata, apa juga ulasan selepas Timbalannya itu menghadiri sesi tabayyun dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung dakwaan tersebut, wajar dijawab oleh Marhamah sendiri.

“Tak apa, nanti dia jawab. Kita memang mempertahankan kesucian akidah umat Islam.

“Kita akan terus melakukan segalanya untuk memastikan kesucian dan kemuliaan akidah umat Islam di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada lawatan kerja ke Pondok Darul Furqan di Tambun di sini hari ini.

Zulkifli juga menafikan kerajaan bersikap ‘double standard’ untuk bertindak dalam kes dakwaan terhadap Marhamah.

“Kita lakukan siasatan dari semasa ke semasa terhadap kes ini,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Marhamah susulan dakwaan mengaitkan beliau dengan penyebaran ajaran NAM.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sesi berkenaan turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Akar Akidah JAKIM serta pihak berkaitan bagi memastikan perkara tersebut diteliti dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM.

Menurut beliau, hasil pertemuan tersebut, beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan termasuk berkaitan kandungan dan pengisian program yang telah dijalankan serta pendekatan yang digunakan dan mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah.

Terdahulu, terdapat halaman Facebook mendakwa Marhamah terlibat dalam ajaran NAM yang menurut sejumlah tokoh agama sebagai bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.-UTUSAN

The post Nafi pilih kasih terhadap dakwaan Marhamah terlibat NAM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved