Nagita Slavina Menangis Tinggal Anak 17 Hari Untuk Ke Tanah Suci

9 Jun 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad, Nagita Slavina menangis gara-gara perlu berjauhan bersama anaknya selama 17 hari bagi menunaikan ibadah haji ke tanah suci.

Nagita menangis tinggal anak

"Akhirnya, pecah tangisan, di depan anak-anak dan keluarga berusaha tegar (tahan nangis), setelah berpisah mahu masuk gate, ambyar (menangis), miss you already, Rafathar, Rayyanza dan Lily," tulis nya di ruangan kapsyen.