Nahas Air Keroh, Rim Tayar Lori Ditemui Di Pusat Pelupusan Sampah

LocalCars
5 Jan 2025 • 11:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Komponen rim besi yang dipercayai daripada tayar lori yang tercabut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Kilometer 204, Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) arah utara akhirnya berjaya ditemui di pusat pelupusan sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor semalam.

Difahamkan, rim terbabit bersaiz 22.5 inci seberat kira-kira 100 kilogram (kg) manakala tayarnya dipercayai sudah musnah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihak sub kontraktor PROPEL telah pun menyerahkan komponen rim besi tayar terbabit kepada polis dan satu laporan rampasan dibuat.

image is not available

Sebelum ini media melaporkan polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan.

Malah, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) juga memohon bantuan orang ramai yang mempunyai rakaman 'dashcam' atau maklumat tentang keberadaan tayar lori untuk tampil menyerahkannya kepada pihak polis.