Rim Besi Dari Tayar Lori Yang Dipercayai Jadi Punca Kemalangan Di Ayer Keroh Ditemui Polis

LocalCars
5 Jan 2025 • 10:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita nahas jalan raya di Ayer Keroh yang telah meragut 7 nyawa dipercayai berpunca daripada tayar lori yang tercabut.

image is not available

Semalam, media melaporkan bahawa pihak polis sedang giat mencari tayar lori yang dipercayai menjadi punca kemalangan tersebut.

Ini kerana, menurut Malaysia Gazette, tayar tersebut tidak ditemui di lokasi kejadian selepas nahas berlaku.

Pihak polis menyatakan mereka dan pegawai penyiasat kes tersebut telah ke Pejabat PLUS Tangkak untuk bertemu dengan Pegawai Operasi Projek Penyelenggaran Lebuh Raya Berhad atau PROPEL.

Menurut pegawai PROPEL, sebuah lori roro atau lori pengangkut sampah telah membawa sisa sampah nahas di tempat kemalangan itu berlaku ke tempat pelupusan sampah.

Terkini, komponen rim besi yang dipesrcayai berasal dari tayar lori yang menjadi punca nahas tersebut telah ditemui oleh pihak polis, lapor Berita Harian.

image is not available

Menurut pihak polis daerah Alor Gajah, rim tayar itu dikenal pasti di Pusat Pelupusan Sampah di Tangkak, Johor.

Difahamkan, pihak subkontraktor PROPEL telah menyerahkan komponen rim besi itu yang ditemui di situ kepada polis.

Untuk siasatan lanjut, rim besi itu juga kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.