Nahas Ambulans: Pemandu Ambulans Maut, Pesakit Selamat

9 Dec 2025 • 9:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pemandu maut manakala dua pembantu perubatan dan seorang pesakit cedera selepas ambulans Hospital Segamat terbabas lalu terbalik di Kilometer 59.8, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang tadi.

Pemandu ambulans berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, M Nasir A Shah, berkata pihaknya mendapati kemalangan membabitkan empat mangsa terdiri pemandu ambulans lelaki, dua pembantu perubatan wanita serta seorang pesakit wanita.

image is not available

"Hasil pemantauan mendapati, pemandu dan seorang penumpang hadapan tercampak keluar dari ambulans, manakala dua lagi mangsa yang berada di ruangan belakang tidak tersepit.

"Bagaimanapun, pemandu ambulans terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan kemalangan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.