
Nahas Bas UPSI: 15 Van Jenazah Digerakkan Ke Hospital Gerik, Hospital Ipoh
Seramai 15 jurumandi jenazah bersama 15 buah van jenazah telah digerakkan dari Jertih ke Hospital Gerik dan Hospital Ipoh pada jam 10 pagi tadi.
Konvoi ini membawa mangsa nahas bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Riduan Mohamad Nor, konvoi ini diiringi oleh kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut terus ke Gerik dan juga Ipoh.
Dalam pada itu, tular di media sosial beberapa video yang merakam suasana hiba semasa konvoi bergerak.
https://www.facebook.com/reel/729262836131775
https://www.facebook.com/reel/687765984232765
https://www.facebook.com/reel/23874988895430025
Sumber: YB Dr. Riduan/FB
The post Nahas Bas UPSI: 15 Van Jenazah Digerakkan Ke Hospital Gerik, Hospital Ipoh appeared first on Siakap Keli.



