Nahas Bas UPSI: Laporan PUSPAKOM Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

LocalCars
14 Jun 2025 • 6:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, laporan awal memaklumkan kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di jalan Gerik-Jeli pada Isnin lalu menunjuk tiada bukti kegagalan sistem mekanikal pada bas tersebut.

Bas dalam keadaan baik, tiada masalah break

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)) menunjukkan keadaan fizikal bas terbabit, sama ada pelapik brek serta dram brek, kesemuanya berada di tahap memuaskan.

Tidak terdapat sebarang ketidakseragaman pada dram brek mahupun kenipisan pada pelapik brek selain tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek-aspek ini yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan.

image is not available

Dalam pada itu, Loke berkata ketebalan bunga tayar juga memuaskan dan mematuhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kemungkinan besar kemalangan sebab faktor lain

Berdasarkan pemerhatian dan siasatan teknikal, tiada bukti merujuk kepada kegagalan sistem mekanikal yang menyebabkan kemalangan. Kemungkinan besar kemalangan berlaku berpunca daripada faktor lain seperti faktor manusia, keadaan jalan dan sebagainya.

image is not available

Sekadar info, bas tersebut disewa khas buat pelajar-pelajar UPSI untuk membawa mereka daripada Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak tetapi pada 1 pagi, berlakunya kemalangan yang turut melibatkan sebuah kereta MPV jenis Perodua Alza.

image is not available 1 day ago

Syarikat Sinar Suci Travel & Tours Beri Sumbangan Pakej Umrah Percuma Buat Ibu Bapa Nurly Shahirah - "Indah Sungguh Susunan Allah"