Nahas di Melaka: Dua beradik terselamat menangis, diberitahu ibu bapa meninggal dunia

LocalTravel
28 Dec 2024 • 5:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua beradik terselamat menangis sebaik menerima berita kematian ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh, Isnin lepas.

Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan adik perempuannya, Nur Sofea Humaira, 4, masing-masing gagal menahan sedih selepas dimaklumkan berita duka itu oleh ahli keluarga mereka.

Dua beradik terselamat menangis

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, ketika dimaklumkan berita itu, dua beradik berkenaan turut ditemani pakar psikiatri Hospital Melaka.

“Kedua-dua beradik itu akan diiringi ahli keluarga untuk pulang ke kediaman mereka di Bangi, dengan menaiki ambulans lewat petang ini,” katanya.

image is not available

image is not available

Meskipun dibenarkan pulang, dua beradik yang masing-masing menjalani pembedahan pada bahagian paha kanan dan kiri akan menerima rawatan susulan oleh pakar ortopedik dan psikiatri di Hospital Serdang.

Terdahulu, kemalangan ngeri yang melibatkan beberapa kederaan seperti lori Foton, bas persiaran, kereta Perodua Bezza, lori treler Nissan, dan MPV Toyota Estima itu telah meragut tujuh nyawa.

Mereka yang maut termasuk lima sekeluarga iaitu Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isteri, Fadzlenna Ramli, 32, serta anak bongsu mereka, Muhammad Umar, 2, dan ibu serta ayah Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.

image is not available

Sementara itu, pemandu treler, Mohamad Shafiq Mohd Zuki, 27, yang sebelum ini kritikal dan dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan sudah sedar dan dijadual menjalani pembedahan paha kanannya, pada minggu pertama Januari depan.