Nahas Di Tapah: Dua Beranak Maut Treler Muatan Pasir Langgar Treler Bawa Kapas

18 Mar 2025 • 1:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tapah

Lapor Sinar Harian, satu kemalangan melibatkan dua treler telah meragut nyawa dua beranak di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, pagi tadi.

Menurut maklumat yang diterima, insiden berlaku sekitar jam 7.46 pagi apabila sebuah treler muatan pasir melanggar bahagian belakang treler lain yang membawa kapas.

Dua beranak iaitu pemandu dan kelindan maut

image is not available
Kredit: Sinar Harian

Akibat pelanggaran tersebut, kebakaran besar tercetus, memerangkap kedua-dua mangsa dalam kenderaan mereka.​

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai pemandu treler pasir berusia lingkungan 40-an dan anak lelakinya yang bertindak sebagai kelindan berusia 20-an.

Treler pasir rempuh belakang treler bawa kapas

image is not available

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad menyatakan bahawa pemandu ditemui mati.

Manakala seorang lagi mangsa ditemui tersepit di bawah kepala treler. Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.​

Seramai 15 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah serta Bidor dikerahkan ke lokasi untuk operasi menyelamat dan memadam kebakaran.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.