Dua beranak rentung selepas treler bermuatan pasir yang mereka naiki merempuh belakang treler lain yang membawa muatan kapas di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pusat operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.46 pagi.

Dua Beranak Rentung
Beliau memaklumkan bahawa sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.57 pagi.
Menurut laporan komander operasi, treler bermuatan pasir melanggar bahagian belakang treler membawa muatan kapas. Pemandu treler pasir, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an, ditemui tersepit dalam kenderaan yang rentung.



“Seorang lagi mangsa iaitu anak lelaki kepada pemandu, berusia lingkungan 20-an turut ditemui rentung dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, pemandu lori span iaitu lelaki berusia 43 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati lori membawa muatan pasir telah melanggar bahagian belakang sebuah lori kontena muatan span.
Difahamkan lori membawa span itu telah berhenti dilorong kecemasan susur masuk (R&R) Tapah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Sumber: FB Careta, BH Online (Rosman Shamsudin)
The post Sebak! Dua Beranak Rentung, Treler Dipandu Bapa Rempuh Treler Muatan Kapas appeared first on Borak Daily.


