
PUTRAJAYA - Rakaman suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park Seksyen U16 berjaya dimuat turun daripada 'memory puck'.
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook enggan mendedahkan gambaran awal rakaman tersebut.
"Memang pihak Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) ada memberi sedikit rumusan tetapi saya tidak mahu buat apa-apa pengumuman dan biarkan pakar membuat analisis terperinci," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Selasa.
AKAN MENYUSUL

