Nahas Elmina: Laporan awal dikeluarkan Jumaat ini

9 Sep 2023 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony Loke.

KLANG - Laporan awal nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dikeluarkan Jumaat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, laporan itu adalah mengenai analisis data rakaman suara selama 30 minit daripada 'memory puck' dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.

"Kita akan keluarkan laporan awal pada Jumaat ini, 15 September," katanya kepada media selepas merasmikan Kongres Wanita DAP di grand Centro Ballroom, di sini pada Sabtu.

Nahas yang mengejutkan negara pada jam 2.50 petang 17 Ogos lalu itu, telah mengorbankan 10 nyawa, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Selain itu, insiden turut mengorbankan dua mangsa yang bukan berada dalam pesawat iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: