
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Rakaman suara kokpit (CVR) yang merupakan salah satu daripada komponen kotak hitam pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Seksyen U16, di sini, temui jam 10.20 malam tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menerusi sidang media di lokasi.
“Pasukan penyiasat di lokasi nahas telah berjaya menemui CVR berkenaan dan telah dihantar ke makmal untuk siasatan lanjut.
CVR ialah sebahagian daripada kotak hitam. Kotak hitam pesawat terbahagi kepada dua iaitu Cockpit Voice Recorders (CVR) and Flight Data Recorders (FDR),” katanya ketika sidang media di Elmina, di sini pada Khamis.
Seramai sepuluh mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu. Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan atau 'Mayday'.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun terhempas dua minit sebelum mendarat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor berkata, berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan daripada laluan pendaratan.
ARTIKEL BERKAITAN:
