Nahas Elmina: Semua mangsa diklasifikasi sebagai kematian mengejut, Ketua Polis Selangor

20 Aug 2023 • 10:27 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KLANG - Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) akan meneruskan siasatan berhubung nahas tragis pesawat Beechcraft 390 di Lebuhraya Guthrie berhampiran perumahan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Manakala, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, sebagai kematian mengejut.

“Kami (pihak polis) mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai kematian mengejut dan akan menjalankan siasatan sewajarnya.

“AAIB akan mengendalikan siasatan berhubung nahas itu sendiri,” katanya pada sidang media di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini. — 20 Ogos 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved