Nahas FRU: Anak 12 Tahun Imamkan Jenazah Ayah Tercinta

LocalPolitics
14 May 2025 • 12:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nahas FRU: Anak 12 Tahun Imamkan Jenazah Ayah Tercinta

Seluruh negara dikejutkan dengan berita tragis apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dari Unit 5 Ipoh terkorban dalam satu kemalangan jalan raya, kelmarin.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.50 pagi di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan apabila kenderaan yang membawa kesemua anggota terbabit dirempuh sebuah lori muatan batu.

Akibatnya, lapan anggota maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Berita duka ini bukan sahaja satu kehilangan besar kepada pasukan keselamatan, malah lebih berat lagi buat keluarga-keluarga mangsa yang ditinggalkan.

Lebih meruntun jiwa, tular sebuah video memperlihatkan seorang remaja lelaki berusia 12 tahun mengimamkan solat jenazah ayahnya, Allahyarham Amiruddin Zabri, salah seorang anggota yang terkorban dalam nahas tersebut.

@juejj_7007

Mamateh proud of u abg amirul firdaus di umur 12tahun abg blh imamkan jenazah abah… In Shaa Allah amir anak lelakimu anak yang hebat…..abg Amirul blh jaga ibu & adik²nya #fru #fruipohperak #pspunit5 #amiruddinbinzabri #alhamdulillahselesaisemuanya #doaanaksolehsentiasamengiringimuamir #selamatjalanamirkenegeriabadi #akakjugaakanmenyusul

♬ original sound – jue@jj – jue@jj

Video yang dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga itu telah meraih perhatian ramai dan mencetuskan suasana hiba di kalangan warga maya.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak dan turut bersedih atas tragedi ini. Ramai juga yang menitipkan doa agar keluarga mangsa diberikan ketabahan menghadapi ujian yang berat ini.