Anak Anggota FRU Usia 12 Tahun Imamkan Solat Jenazah Bapa

LocalFamily & Parenting
14 May 2025 • 4:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Anak Anggota FRU

Anak anggota FRU berusia 12 tahun telah mengimamkan sendiri jenazah bapanya, Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri di Kampung Sungai Itek di Gopeng, Perak.

Anak anggota FRU jadi imam untuk jenazah bapanya sendiri

Perkara tersebut dikongsikan sendiri saudara kepada allahyarham apabila berkongsi gambar penuh hiba sewaktu anak lelaki allahyarham berada di hadapan keranda bapanya dan mengimamkan solat jenazah.

image is not available

Saudra bangga lihat nak anggota FRU dididik dengan hebat

Dalam perkongsian tersebut, ibu saudaranya menyatakan rasa bangga dengan kanak-kanak tersebut kerana sudah boleh mengimamkan jenazah bapanya.

Dia juga berharap agar anak sulung kepada allahyarham akan menjadi anak yang hebat serta boleh menjaga ibu serta adik-adiknya.

“Mamateh bangga dengan Abang Amirul Firdaus. Di umur 12 tahun abang boleh imamkan jenazah abah.

In Shaa Allah, Amir anak lelakimu anak yang hebat. Abang Amirul boleh jaga ibu dan adik-adiknya,” tulisnya.

Bertuah allahyarham anak lelaki imamkan solat

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa allahyarham dan isteri berjaya mendidik anak menjadi insan yang hebat apabila berani ‘ke depan’ bagi mengimamkan jenazah bapa tersayang.

Mereka juga mengatakan mendoakan agar urusan keluarga di permudah dan allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

image is not available

Allahuakbar anak soleh

 

image is not available

Tahniah adik kerana menjadi anak lelaki berjaya

 

image is not available

Semalam, sebuah lori merempuh trak yang membawa anggota FRU, mengorbankan sembilan anggota di tempat kejadian termasuklah Koperal Amiruddin.

Insiden ini terjadi selepas konvoi selesai menjalankan tugas di Teluk Intan dan dalam perjalanan pulang ke Sungai Senam, Ipoh. .

Sumber: TikTok juejj_7007