Nahas FRU: Bantuan kepada waris akan dihulurkan segera – Ahli Parlimen Teluk Intan

LocalPolitics
13 May 2025 • 5:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menzahirkan ucapan takziah berhubung kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.

Bantuan akan dihulurkan segera, nahas FRU

image is not available

Foto: Kosmo

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan menzahirkan rasa simpati atas berita duka itu dan akan mencari inisiatif untuk bertemu waris mangsa nahas bagi menghulurkan sedikit bantuan dengan kadar segera.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga 10 orang anggota FRU yang kehilangan nyawa serta pemandu lori dan anggota yang tercedera dalam kemalangan jalan raya di Jalan Chikus – Sungai Lampan, Teluk Intan pada 13 Mei 2025 .

“Saya telah mengarahkan Setiausaha Politik Sdr Steven Chaw untuk menziarahi ahli keluarga yang terbabit dan mencari jalan untuk menghulurkan bantuan segera,” tulis Kor Ming menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu merupakan pemergian yang menyayat hati dan menjadi satu kehilangan besar dalam pasukan keselamatan negara yang telah bekorban hingga ke nafas terakhir.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Kemalangan tersebut membabitkan trak yang dinaiki mereka dan sebuah lori muatan batu. Difahamkan mereka sedang dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak semalam.

“Ini adalah satu tragedi yang amat menyayat hati. Sesungguhnya pemergian mereka adalah satu kehilangan besar kepada pasukan keselamatan dan negara kita.

“Jasa bakti serta pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama insan yang soleh dan beriman,” ujarnya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

image is not available

Foto: Harian Metro

Setakat ini, media melaporkan angka kematian dalam insiden membabitkan lori FRU dan lori muatan batu itu adalah seramai sembilan anggota yang identitinya sudah dikenal pasti.

Sumber: Facebook Nga Kor Ming