Nahas FRU: Pemandu lori ke penjara, majikan tak muncul bantu bayar ikat jamin RM6,000

LocalPolitics
16 May 2025 • 9:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemandu lori muatan batu kerikil akan ditempatkan di penjara selepas gagal membayar wang jaminan berjumlah RM6,000 atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Selasa lalu.

image is not available

Majikan pemandu lori tak muncul sampai jam 7 malam

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin menyatakan setakat jam 7 malam, lelaki berusia 45 tahun itu belum menjelaskan wang jaminan seperti yang ditetapkan Mahkamah Majistret.

“Tertuduh ada beritahu yang majikan akan bantu bayar, tetapi setakat ini belum lagi.
“Dia akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sebelum dipindahkan untuk reman penjara,” katanya.

image is not available

Pemandu lori mengaku tak bersalah

Dalam kes itu, tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian kepada S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28.

image is not available

Kejadian berlaku di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik dalam daerah Hilir Perak pada jam lebih kurang 9.05 pagi pada 13 Mei 2025.

Hakim Norhamizah Shaiffudin membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan bahawa lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes di mahkamah selesai, selain perlu melapor diri di balai polis setiap minggu.

Sebutan semula kes dan lantikan peguam ditetapkan pada 17 Jun ini.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)