Tragedi FRU: Pemandu Lori Dipenjara Selepas Gagal Bayar Wang Jaminan

LocalPolitics
17 May 2025 • 8:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan melalui laporan Sinar Harian, pemandu lori muatan batu yang menjadi punca kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa kembali ke penjara selepas gagal membayar wang jaminan sebanyak RM6000 yang telah ditetapkan oleh Mahkmah Majistret.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin, pemandu lori yang bernama Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sebelum dirinya dipindahkan ke penjara sekiranya jaminan tidak dijelaskan.

Tertuduh ada beritahu yang majikan akan bantu bayar, tetapi setakat ini belum lagi.

image is not available

Pemandu lori berkenaan didakwa telah memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian kepada S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28; di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik dalam daerah Hilir Perak, lebih kurang jam 9.05 pagi pada 13 Mei lalu.

image is not available 3 days ago

"Kami Bertindih-Tindih, Rakan-Rakan Longlai Tak Bersuara" - Koperal Kongsi Detik Selepas Nahas FRU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved