Nahas FRU: Tiada Saksi Tampil Sahkan Dakwaan Lori Cuba Elak Kenderaan Keluar Dari Simpang

LocalPolitics
17 May 2025 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Perak.

Berhubung kejadian itu, terdapat dakwaan bahawa lori yang terlibat dalam kejadian itu telah cuba mengelak kenderaan yang pada ketika itu sedang keluar simpang sehingga menyebabkan kemalangan itu.

image is not available

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Komisioner Zulkafli Sariaat iaitu Timbalan Ketua Polis Perak, setakat ini, masih tiada saksi yang tampil untuk memberi keterangan bagi mengesahkan dakwaan tersebut sehingga hari ini, lapor Harian Metro.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, semalam, pemandu lori yang membawa muatan batu kerikil itu telah didakwa di mahkamah.

Namun, berhubung dakwaan lori itu cuba mengelak kenderaan yang keluar dari simpang, tiada saksi yang datang ke balai polis untuk menyokong dakwaan itu.

Jika ada saksi yang tampil, ia boleh membantu siasatan kes tersebut dan keterangan saksi itu boleh digunakan untuk perbicaraan.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.