KOTA BHARU - "Keluarga belum diberi peluang lihat jenazah Dr Ainul."
Demikian kata bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, iaitu Kamaruddin Salleh, 69, seorang pesara guru ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurut beliau yang kini berada di Sarawak, mereka hanya dimaklumkan tentang keadaan jenazah Dr Ainul Baraah yang dikhabarkan berada dalam keadaan 'sempurna'.
**media[3643052]**
"Bila melibatkan kebakaran, jadi faham-fahamlah.
"Kami di sini sekarang masih menunggu untuk melihat sendiri keadaan jenazah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM
Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak
Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa
Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga
Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia
**media[3643062]**
Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa
Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa
'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'
Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir
Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu
Media sebelum ini melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.
**media[3643060]**
Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.
Katanya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut Kamaruddin, urusan pengebumian masih belum dapat dimuktamadkan lagi.
**media[3643061]**
Ujarnya, hal ini kerana keputusan padanan asid deoksiribonukleik (DNA) masih belum selesai sepenuhnya.
"Proses ini dijangka mengambil masa. Cuma saya telah menyampaikan maklumat awal kepada pihak masjid bagi membolehkan mereka membuat persediaan awal untuk urusan pengkebumian sebaik sahaja urusan di sini (Sarawak) selesai," katanya.






