Nahas Helikopter: Semua Operasi FDS Di Sarawak Ditangguh Sementara - Dr Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
10 Sep 2026 • 5:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Nahas Helikopter: Semua Operasi FDS Di Sarawak Ditangguh Sementara - Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Semua operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan semakan menyeluruh dilakukan terhadap mekanisme keselamatan serta operasinya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Langkah itu diambil susulan nahas membabitkan sebuah helikopter yang digunakan bagi perkhidmatan berkenaan di Long Lellang, Miri pada Selasa.

Bagaimanapun, Dzulkefly memberi jaminan bahawa perkhidmatan pemindahan perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan akan terus beroperasi menerusi kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata KKM juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi meneroka penggunaan aset pasukan keselamatan itu untuk menerbangkan pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan ke fasiliti kesihatan bersesuaian.

Baca juga:

“KKM akan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan kerangka penyampaian perkhidmatan FDS di Sarawak termasuk aspek kontrak, tadbir urus, keselamatan operasi, keperluan liputan dan keberkesanan model penyampaian perkhidmatan sedia ada.

“Penilaian ini bertujuan memastikan pendekatan yang akan dilaksana pada masa hadapan lebih selamat, berdaya tahan, mampan dan responsif terhadap keperluan kesihatan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkefly berkata KKM turut menilai semula lokasi dan kaedah akses perkhidmatan FDS termasuk alternatif pengangkutan serta pendekatan lain yang selamat dan praktikal bagi memastikan masyarakat di kawasan pedalaman terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“Kementerian memahami kesulitan dan cabaran yang mungkin timbul susulan penangguhan sementara berkenaan, bagaimanapun, keselamatan petugas dan pesakit kekal menjadi keutamaan KKM, di samping memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

“KKM akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang awam sewajarnya,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan lima jasad mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter itu telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian, dan diterbangkan dari Long Lellang ke Miri untuk tujuan bedah siasat serta proses berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved