Nahas helikopter: Terdapat ralat pangkat Joanna - TLDM

25 Apr 2024 • 3:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan terdapat ralat mengenai pangkat Joanna Felicia Rohna, 26, salah seorang daripada 10 anggota dan pegawai TLDM terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pangkat mendiang adalah Laskar Kanan (LK) JJM dan bukan Laskar Kelas I (LK I) JJM seperti dalam kenyataan akhbar ketiga yang dikeluarkan pada 23 April lepas.

Joanna adalah antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.