Situasi Sesi Pengebumian Mangsa Nahas Helikopter Kecoh, Ada Individu Bunyikan Hon?

Entertainment
25 Apr 2024 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Saat ingin membawa jenazah salah seorang mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut ke tanah perkuburan malam tadi, difahamkan ramai yang hadir sehinggakan orang berkerumun ingin menyaksikan.

Difahamkan ia berlaku ketika sesi pengebumian jenazah Komander Muhammad Firdaus Ramli, dapat dilihat suasana pilu menyelubungi sepanjang perjalanan itu.

Dalam satu video yang tular di TikTok dan telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dalam masa 18 jam ia di muat naik, dapat dilihat suasana begitu sesak sehingga berlaku kekecohan di situ.

Ketika pemindahan jenazah itu dilakukan, video tersebut memaparkan ada seorang pemandu kereta didakwa membunyikan hon berkali-kali dan ia membuatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian berang.

@real_life669

Pergaduhan ketika membawa jenazah ke tapak perkuburan ada yang jenis shbdgs dgn hon kereta #tudmtragedy #nahashelikopter

♬ original sound – Hanz – Hanz

Situasi menjadi tegang seketika kerana kemarahan orang ramai dan orang awam di situ mengecam tindakan pemandu yang membunyi hon kereta.

Situasi ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang turut memarahi pemandu kereta yang tidak hormat dengan sesi pengebumian itu, malah ada juga yang beranggapan bahawa tindakan orang awam mengerumuni jalan itu telah mengganggu pengguna jalan yang lain.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa jarak antara masjid dan tanah perkuburan tidaklah jauh dan ia hanya terletak bersebelahan dengan masjid, sebab itu orang awam marah dengan tindakan pemandu itu.

image is not available

Bagaimanapun, jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang, kira-kira pukul 8.50 malam semalam.

image is not available

Astro Awani melaporkan bahawa lebih 1,000 yang hadir termasuk ibu bapa Muhammad Firdaus, adik-beradik, kenalan serta orang ramai berada di sekitar pekarangan masjid berkenaan bagi menghadiri majlis pengebumian tersebut sejak pukul 5 petang.

image is not available

Turut kelihatan, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azhan Md Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol serta Pengerusi Kebajikan dan Pembangunan Sosial negeri, Lim Swee Khim.

Jenazah Muhammad Firdaus disolatkan oleh Imam Harun Mahyudin di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar dan dikebumikan mengikut istiadat pengebumian ketenteraan selepas solat Maghrib.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.