Nahas helikopter: Waris setiap kakitangan KKM terkorban layak terima RM130,000

LocalHealth & Fitness
15 Oct 2026 • 6:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nahas helikopter: Waris setiap kakitangan KKM terkorban layak terima RM130,000
Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), kira-kira 929 kilometer dari Kuching.
Image from: Nahas helikopter: Waris setiap kakitangan KKM terkorban layak terima RM130,000
Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

PUTRAJAYA – Waris setiap kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Miri, Sarawak September lalu layak menerima bayaran pukal sekurang-kurangnya RM130,000.

KKM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, jumlah itu merangkumi gantian cuti rehat (GCR), ganjaran terbitan, bantuan mengurus jenazah dan ex-gratia kematian.

Menurutnya, jumlah keseluruhan bayaran pukal yang layak diterima bagi setiap kakitangan yang terkorban adalah tidak kurang daripada RM130,000.

"Urusan pembayaran faedah dan bantuan kepada waris empat kakitangannya yang terkorban sedang diselaraskan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS)," katanya.

Selain bayaran pukal, ujar KKM, tanggungan yang layak akan mula menerima pencen terbitan secara bulanan pada 21 Oktober ini.

Menurut kementerian, pencen terbitan itu akan dibahagikan mengikut kadar syer kepada waris yang layak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Sehubungan itu, pihak JPA akan memberikan penerangan lanjut kepada waris yang layak berkaitan pembahagian pencen terbitan ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, waris yang layak turut akan menerima pencen tanggungan dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja yang masih diproses oleh Bahagian Pencen Cawangan Sarawak serta Kementerian Kewangan Malaysia.

KKM berkata, penyelarasan faedah dan bantuan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kementerian untuk memastikan kebajikan keluarga kakitangan yang terkorban terus diberikan perhatian.

“KKM sedar bahawa tiada nilai kewangan yang mampu menggantikan kehilangan insan tersayang.

"KKM berharap penyaluran bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan dan urusan harian waris yang ditinggalkan,” katanya.

Nahas helikopter yang digunakan bagi perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak pada 8 September 2026 mengorbankan lima individu, termasuk empat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang.

Empat kakitangan KKM yang terkorban ialah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit Henry; serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.

Turut terkorban, juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham.

Perkhidmatan FDS berperanan membawa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan pedalaman yang sukar diakses, khususnya bagi komuniti yang berdepan kekangan pengangkutan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

**media[3679227]**

Susulan nahas itu, KKM mengumumkan penangguhan sementara semua operasi FDS di Sarawak bagi membolehkan siasatan serta semakan mekanisme keselamatan dan operasi dilaksanakan.

Bagaimanapun, perkhidmatan pemindahan perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan diteruskan melalui kerjasama KKM dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved