Nahas helikopter: Waris empat petugas KKM terima pencen mulai minggu depan

LocalHealth & Fitness
15 Oct 2026 • 7:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter: Waris empat petugas KKM terima pencen mulai minggu depan

PUTRAJAYA – Selepas sebulan tragedi berlaku, keluarga empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak akan menerima bayaran pencen bulanan bermula 21 Oktober ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM dan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menguruskan faedah pencen terbitan dan bantuan kewangan sewajarnya kepada waris mangsa secara menyeluruh dan berhemah.

Katanya, bayaran yang diterima waris mangsa merangkumi Gantian Cuti Rehat (GCR), Ganjaran Terbitan, Bantuan Mengurus Jenazah dan Ex-Gratia Kematian.

“Alhamdulillah…kebajikan keluarga empat kakitangan KKM yang terkorban dalam nahas Long Lellang terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani dan KKM,” katanya menerusi hantaran di platform X di sini hari ini.

Menurut Dr. Dzulkefly, cadangan kenaikan pangkat secara anumerta kepada empat petugas kesihatan itu juga telah diperakukan sebagai tanda penghormatan tertinggi terhadap jasa dan pengorbanan mereka.

“Semoga urusan ini dapat meringankan beban harian keluarga yang ditinggalkan. Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Doa kami tetap dititipkan,” katanya.

Mereka yang terkorban ialah pegawai perubatan, Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, pembantu perubatan, Alexson Adit Henry serta jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.

Nahas pada 8 September lalu itu turut meragut nyawa juruterbang, Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham.

Ketika kejadian, empat petugas kesihatan tersebut sedang menjalankan tugas rasmi bagi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat pedalaman di Sarawak.

 

The post Nahas helikopter: Waris empat petugas KKM terima pencen mulai minggu depan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved