Nahas Jeju Air Mungkin Berpunca Dari ‘Bird strike’, Penyiasat Temui Bulu Burung Dalam Enjin Pesawat

Entertainment
18 Jan 2025 • 2:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasukan penyiasat nahas pesawat Jeju Air telah menemui bulu burung dan darah dalam kedua-dua enjin pesawat malang yang terhempas di Korea Selatan pada Disember 2024.

Dalam kejadian tragis itu179 orang nyawa telah terkorban.

Memetik laporan The Straits Times, Pesawat Boeing 737-800 itu yang berlepas dari Bangkok ke daerah Muan di barat daya Korea Selatan telah mendarat dan melepasi landasan lapangan terbang sebelum terbakar setelah melanggar benteng.

Hanya dua anak kapal di hujung ekor pesawat terselamat dalam bencana penerbangan terburuk penghujung tahun 2024.

image is not available

Kira-kira empat minit sebelum kemalangan maut itu, salah seorang juruterbang melaporkan serangan burung dan memaklumkan isyarat kecemasan sebelum memulakan pusingan dan cuba mendarat.

Dua minit sebelum juruterbang mengisytiharkan panggilan kecemasan ‘mayday’, pusat kawalan trafik udara telah memberi amaran untuk berhati-hati kerana terdapat banyak burung di kawasan itu.

Pihak penyiasat pada awal Januari berkata bulu burung ditemui pada enjin pesawat dan menambah rakaman video menunjukkan bahawa terdapat hentakan burung pada enjin.

image is not available

Kementerian Pengangkutan Korea Selatan enggan mengulas sama ada bulu dan darah ditemui dalam kedua-dua enjin.

Dua kotak hitam pesawat telah berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum kemalangan, menimbulkan cabaran kepada siasatan yang sedang dijalankan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.