Nahas libat tiga lori, seorang pemandu maut

29 Oct 2026 • 8:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas libat tiga lori, seorang pemandu maut

TANJUNG MALIM – Seorang pemandu lori maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan tersebut dalam kejadian di susur keluar Tol Slim River hala Utara, Slim River dekat sini pada pukul 10.56 malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu melibatkan masing-masing sebuah lori tiga tan membawa muatan kurier, sebuah lori tiga tan muatan sayur dan lori 10 tan dengan muatan ikan.

“Seorang mangsa lelaki berumur 31 tahun iaitu pemandu lori kurier telah tersepit sementara dua pemandu lori lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketua operasi bomba melakukan penilaian menyeluruh kawasan terlibat sebelum mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan sehingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas libat tiga lori, seorang pemandu maut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved