Nahas lima kenderaan, dua lelaki cedera

23 Dec 2022 • 2:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan salah sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 42.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Bentong pada Jumaat.

KUANTAN - Dua lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 42.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Bentong pada Jumaat.

Kemalangan yang dilaporkan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu melibatkan dua lori, dua kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kedua-dua mangsa itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, susulan maklumat yang diterima berhubung kejadian, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi untuk bantuan.

"Anggota memulakan operasi dengan memberi rawatan awal kepada mangsa terlibat sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut," katanya.