Nahas Pelajar UPSI: “Bas Itu Berusia 12 Tahun & Tiada Tali Pinggang Keledar” – Anthony Loke

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa semua bas baru wajib dilengkapi dengan tali pinggang keledar.

Katanya, mulai tahun 2020, adalah wajib untuk semua bas baru dibina selepas tahun itu dilengkapi dengan tali pinggang keledar bagi semua penumpang.

Bagaimanapun, dalam kes nahas bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini, kenderaan berat itu sudah berusia.

Dalam kejadian di Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak, bas berkenaan dibina pada tahun 2013, jadi ia berusia 12 tahun dan tidak mempunyai tali pinggang keledar.

Terdahulu, beliau mendedahkan Kementerian Pengangkutan (MOT) kini sedang meneliti langkah penguatkuasaan dan penggunaan teknologi seperti pengehad kelajuan dan kamera video dalam kenderaan untuk dipasang pada kenderaan berat sebagai langkah keselamatan.

Katanya, kenderaan berat didapati memasang pengehad kelajuan untuk melepasi pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) namun selepas itu diubah suai agar kenderaan boleh dipandu laju.

Jadi kita perlu lihat bagaimana untuk mengelakkan peranti ini daripada diubah suai dengan memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat.

image is not available 6 hours ago

"Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka Dasar Wajibkan Pengehad Kelajuan Untuk Kenderaan Berat" - Anthony Loke

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved